28 Mei 2009

Kuiz untuk minggu ini~~~

Nizam berminat membeli sepasang kasut yang berharga RM97.00

tetapi beliau tidak mempunyai wang sekarang.

Nizam meminjam sebanyak RM50.00 daripada ibu beliau dan RM50.00 daripada bapa beliau.

oleh itu Nizam ada sebanyak RM100.00

setelah mendapat wang tersebut Nizam pergi membeli kasut yang berharga RM97.00 itu.

Selepas membuat bayaran,pada Nizam ada baki RM3.00 daripada RM100.00 tadi.

jadi Nizam membuat keputusan untuk bayar balik kepada ibu beliau sebanyak RM1 dan bapa beliau sebanyak Rm1 juga menjadikan beliau berhutang kepada ibu dan bapa beliau sebanyak RM49.00 setiap seorang.

tetapi Nizam berasa hairan kerana apabila dicampurkan semula nilai-nilai tadi ada yang tak kena pada campuran tadi.cuba anda semua tolong beliau :-



HARGA SEPASANG KASUT RM97.00

PINJAM DUIT IBU RM50.00

PINJAM DUIT BAPA RM50.00

JUMLAH PINJAMAN RM100.00

BAKI SETELAH MEMBELI KASUT RM3.00

_____________________________________________________________________________________

BAGI IBU RM1 = RM49.00 HUTANG YANG TINGGAL

BAGI BAPA RM1 = RM49.00 HUTANG YANG TINGGAL

BAKI ADA PADA NIZAM = RM1.00

JUMLAH CAMPURAN BAKI HUTANG IBU DAN BAPA SERTA BAKI PADA NIZAM = RM99.00


DIMANAKAH PERGI LAGI RM1.00?????????

1 ulasan:

daydeck86 berkata...

harga kasut RM97

bermakna pinjam dekat

ayah - RM48.50
ibu - RM48.50

ayah - RM48.50 + RM 1 = RM49.50
ibu - RM48.50 + RM 1 = RM49.50

RM49.50 + RM49.50 = RM99

baki kat nizam RM1
betul tak